29 Januari 2015 - 19:29
Kenderaan tentera Israel dimusnahkan Hizbullah

Gambar-gambar peristiwa serangan roket pejuang Hizbullah ke atas konvoi tentera Israel di ladang Shebaa yang mengorbankan 15 anggota Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.ir) - Sebuah saluran televisyen Israel menayangkan gambar-gambar kenderaan tentera rejim Zionis yang musnah dalam serangan Hizbullah di ladang Shebaa.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, kenderaan tentera rejim hangus terbakar akibat terkena roket pejuang.

Berikutan itu, pihak rejim terpaksa mengundurkan kedudukan tenteranya dari beberapa kawasan manakala operasi lapangan terbang dihentikan buat sementara waktu.

Sekurang-kurangnya 15 anggota tentera Israel terbunuh dalam serangan balas pejuang Hizbullah dalam reaksi ke atas kematian anggotanya di Qunaitra.

Sebahagian penganalisa menyatakan parti politik bersenjata tajaan Iran ini mempunyai kemampuan dalam serangan udara ke atas Israel.

Selama 9 tahun yang lalu belum ada serangan maut yang dilancarkan pejuang Hizbullah seperti dalam peristiwa pagi Khamis lalu. Semua pihak menyatakan kebimbangan bahawa perang Israel - Lubnan meletus kembali selepas tahun 2006.

Saluran berita 24 jam Perancis pula melaporkan sekiranya perang tahun 2006 berulang, pihak Hizbullah mampu membalas serangan sebagaimana yang telah dilakukannya.

3 minggu lalu, Sayid Hasan Nasrullah mendakwa pasukan di bawah naungannya itu telah dilengkapi dengan roket Fatih 110 buatan Iran yang mampu menyerang mana-mana kawasan di Israel.