Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan ISIS menyebarkan klip latihan kanak-kanak untuk menjadi pengganas.
Klip yang didakwa bertempat di Riqqa ini menayangkan perbarisan kanak-kanak berusia tidak lebih dari 8 tahun yang lengkap dengan berpakaian seragam.
Guru yang mengajar kanak-kanak ini mendakwa kanak-kanak ini sedang dipersiapkan untuk menakluk Rom, yang sekarang ini menjadi ibukota Itali.
Sementara itu sebuah media melaporkan kumpulan ISIS sedang merekrut seratus kanak-kanak untuk melaksanakan operasi ganas. 400 daripada jumlah itu sedang dilatih di Iraq dan akan dikirim untuk melancarkan serangan kelak. Antara sukatan pelajarannya ialah penyembelihan manusia dan penyeksaan. Tanpa latihan tersebut pengajian kanak-kanak ini dianggap tidak akan lulus.
Perbuatan kumpulan pengganas ini menyalahi undang-undang antarabangsa yang menetapkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dieksploitasi untuk peperangan.




