26 Februari 2015 - 20:21
Pengganas Malaysia ke-enam temui ajal di Syria

Seorang lagi rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas ISIS telah menemui ajal di Syria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang lagi rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas ISIS dilaporkan maut beberapa bulan lalu.

Abdul Samad Shukry Mohamad, 55, atau menggelarkan dirinya sebagai Abu Aisyah dipercayai ke negara bergolak itu pada 1 Februari tahun lalu dan mengalami kecederaan dalam pertempuran bersama pasukan prajurit Bashar Assad.

Akibat kecederaan parah dialaminya selepas dibom di bahagian kakinya oleh tentera negara berkenaan, beliau dipercayai meninggal dunia, walaupun sempat dibawa lari untuk mendapatkan rawatan di Turki.

Abu Aisyah dipercayai rakyat Malaysia keenam menemui ajal dalam konflik berterusan militan IS di Syria itu.

Berita kematian Abu Aisyah menerima banyak komen dan ucapan takziah daripada penyokong pengganas di media sosial.

Selain itu, Abu Aisyah, Abu Turab, atau nama sebenarnya Mat Soh, antara militan Malaysia yang terbunuh di Syria pada 19 Ogos lalu, ketika mempertahankan wilayah kekuasaan pengganas di bandar Arzeh.

Pada 9 September, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah pula maut dalam serangan hendap tentera pimpinan Bashar Al-Assad pada 9 September lalu di timur Hama.

Serangan itu juga turut membunuh pengganas yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Mohd Lotfi Ariffin, 45.

Kesemua mereka termasuk Abu Aisyah dipercayai mempunyai hubungan yang erat dengan kumpulan pengganas ISIS.