18 Mac 2015 - 07:20
Marja' Taqlid Najaf bidas kenyataan Sheikh al-Azhar

Ayatullah Sheikh Bashir bidas kenyataan berbaur fitnah Sheikh al-Azhar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan kenyataan berbaur fitnah terhadap relawan rakyat yang sedang memerangi pengganas IS (negara Islam) di Iraq, seorang marja' Taqlid bertindak mengirim surat sambil mencabar Sheikh al-Azhar mengirim pasukan penyiasat untuk mencari kebenaran di sebalik konspirasi terbaru ini.

Dalam surat tersebut, Ayatullah Sheikh Bashir al-Najafi berkata, "Fatwa-fatwa Jihad Kifa'i bagi mengurangkan kejahatan IS terhadap rakyat Iraq telah dikeluar oleh para marja', dalam masa yang sama IS membawa bahaya yang besar terhadap Syiah termasuk Ahli Sunnah di negara ini."

"Kerajaan Iraq meminta kerjasama pasukan relawan bagi membebaskan kawasan Salah al-Din dan kawasan-kawasan lain atas permintaan penduduk Ahli Sunnah demi melepaskan mereka dari cengkaman IS," tegas beliau.

Ayatullah Najafi menambah, pasukan relawan rakyat Iraq mewakili seluruh puak di Iraq, "Tidak semua pasukan rakyat Iraq adalah Syiah, bahkan meliputi seluruh rakyat termasuk Syiah, Sunni, Kristian dan Yazidi. Tentera telah bersedia sehingga ke tahap ini yang mana pasukan rakyat Ahli Sunnah digandingkan di sisi Syiah untuk membebaskan wilayah-wilayah negara ini dari cengkaman ISIS."

Beliau turut menyentuh tentang keperihatinan kerajaan dalam menjaga jiwa dan raga rakyatnya, "Kenyataan palsu tentang relawan rakyat bertujuan menutup jenayah IS. Dalam pemantauan terhadap operasi-operasi tentera kerajaan, kami mendapati askar kerajaan sedang bersungguh-sungguh menjaga nyawa rakyat dan menyediakan jalan yang sepatutnya untuk mengeluarkan rakyat dari cengkawaman IS."

Di akhir surat, beliau berkata, "Sikap pecah belah hanya datang dari golongan IS dan yang serupa dengannya. Ini adalah golongan pengganas yang sedang membunuh Ahli Sunnah Iraq. Untuk menebus tuduhan palsu berasaskan maklumat yang salah, Al-Azhar perlu mengirim pasukan penyiasat ke Iraq demi mencari kebenaran."

Universiti al-Azhar sebelum ini memprotes kejayaan relawan rakyat dan askar kerajaan dalam operasi membasmi pengganas IS di Tikrit dengan mendakwa pasukan-pasukan tersebut telah melakukan pembunuhan terhadap penduduk awam Ahli Sunnah dan membakar masjid. Al-Azhar yang terpengaruh dengan dakyah palsu pengganas beraliran Wahhabi itu meminta tentera tidak menyeret rakyat dalam operasi membebaskan kawasan yang berada dalam cengkaman IS.

Sendiket jaringan pengganas mula menyebarkan propaganda palsu terhadap pasukan relawan rakyat Iraq setelah menerima kekalahan berat dalam

    
operasi bersepadu anjuran pihak kerajaan.