Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin gerakan Ansarullah, Sayid Abdul Malik Badruddin al-Houthi menegaskan kekerasan Saudi ke atas Yaman adalah jenayah kejam ke atas rakyat dan institusi-institusi kerajaan. Selain itu kempen zalim yang dikepalai Arab Saudi itu disifat sebagai jelmaan kehendak Amerika dan sejalan dengan selera Israel.
"Penceroboh adalah alat dan boneka bagi melegalisasikan Amerika dan Israel... Rakyat Yaman tidak semudah itu menjadi binatang buruan sedangkan musuh akan membayar harga yang mahal akibat perseteruan mereka.
"Rakyat hidup dengan spiritual, kemegahan dan kebebasan. Hari ini kebanyakannya memilih untuk mempertahankan kebebasan dan kemuliaan mereka. Mereka tidak sekali-kali membiarkan dirinya dibunuh tanpa sebarang reaksi balas," kata beliau dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen.
Tambah beliau lagi, "Sekiranya rejim Saudi bertaruh dengan Amerika, maka rakyat kami akan bertaruh dengan Allah," sambil menegaskan, "Rakyat Yaman akan bergerak dengan setiap kemegahan dan tidak akan membiarkan diri dibunuh tanpa sebarang tindakan."
Berkata kepada penduduk Yaman, beliau menegaskan serangan ini akan membentuk dua medan perang iaitu perang dalaman dan kedua adalah perang secara bersemuka.
Sayid al-Houthi meminta rakyat Yaman bersatu hati dalam menghadapi serangan keji tersebut dan menegaskan rakyat rela menjadikan bumi Yaman sebagai tanah kubur demi mempertahankan maruah. Menurut beliau lagi semua jalan ikhtiar sudah terbuka dan ia boleh pergi lebih jauh tanpa sempadan.