Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sayid Hasan Nasrullah di dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen al-Manar menegaskan, "Dalam beberapa dekad lalu, negara-negara Arab tidak bertindak sedikitpun bergerak untuk pembebasan Palestin dari penjajahan Israel. Namun sekarang ini mereka bergerak untuk menyerang Yaman."
"Pendirian Arab Saudi dalam menentang revolusi Tunisia adalah jelas. Riyadh mengerahkan segala jenteranya supaya Zainul Abidin bin Ali, diktator yang ditumbangkan kembali ke tampuk kekuasaannya," jelas beliau.
Nasrullah yang merupakan Setiausaha Agung Hizbullah menjelaskan serangan ke atas Yaman hanyalah alasan yang tidak berasas sedangkan transformasi di Yaman adalah ancaman bagi negara-negara Teluk Parsi seperti Arab Saudi. "Sekiranya operasi 'Taufan Muktamad' yang dimulakan terhadap Yaman itu melanda Israel, maka sudah tentu kita akan menyertainya," tutur beliau lagi.
Beliau mendedahkan sikap Arab Saudi yang gila kuasa dengan tidak mengiktiraf kerajaan-kerajaan lain dan berkata, "Institusi beraja Arab Saudi mempunyai pendirian yang memusuhi revolusi menjatuhkan rejim Hosni Mobarak. Kini mereka perlu menjawab kenapa pakatan antarabangsa tidak dibentuk untuk menyerang Mesir?"
Sambil mendedahkan alasan perang ke atas Yaman tidak hanya kerana isu presidennya semata-mata, beliau mempersoalkan pencapaian yang diperolehi Arab Saudi dalam dasar politik luarnya selama 30 tahun yang lalu, "Kegagalan-kegagalan politik luar Arab Saudi telah membuka segala pintu serantau untuk menyerang Iran," tegas beliau lagi masalah besar sekarang ini ialah Arab Saudi, bukannya Iran, "Masalah sebenar dalam rejim ialah mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf bangsa-bangsa lain di rantau... Dalam khabar angin yang tersebar untuk menyerang Iran ialah, Iran telah masuk campur dalam urusan Yaman dan menjajahnya. Di manakah bukti dakwaan kamu ini?"
Jelas beliau lagi, "Kami menganggap Imam Khamenei adalah Imam dan pemimpin urusan umat Islam, namun Iran tidak pernah mengeluarkan arahan kepada kami atau memaksa kami. Meskipun begitu kami melihat sendiri bagaimanakah sikap Arab Saudi terhadap rakyat Lubnan."
"Rejim Saudi dan negara-negara Teluk Parsi membiarkan bangsa Palestin bersendirian dalam mengahadapi pencerobohan dan jenayah berterusan rejim Zionis. Namun Iran tetap berdiri di sisi Palestin walaupun dikenakan sekatan ekonomi.
"Rejim Saudi pernah membantu Goerge Bush, mantan Presiden Amerika dalam menjajah Iraq. Sedangkan ia banyak mendorong dan menggalakkan rejim Saddam Husain memerangi Iran.
"Kamu dan sekutu kamu mencipta kumpulan pengganas Takfiri demi menjatuhkan rejim Bashar al-Assad di Syria dan Putera Bandar bin Sultan berada di sebaliknya. Sampai hari ini apakah bantuan kamu kepada rakyat Iraq dalam menghadapi kumpulan pengganas Takfiri ini sedangkan Iran yang berdiri di sisi bangsa ini.
"Seluruh usaha Arab Saudi, Qatar dan Turki untuk menukar Syria sebagai negara yang menuruti kata-kata mereka telah menemui kegagalan.
"Sebaik sahaja Saud al-Faisal, Menteri Luar Arab Saudi bertanya kepada kabinet Hamas mengenai hubungan dengan Iran, beliau berkata sekiranya kamu mahu kami berikan apa yang Iran telah beri kepada kamu, putuskan hubungan dengan Iran," kata beliau dengan lantang.
Hasan Nasrullah memberi amaran segala dana yang dicurahkan Arab Saudi dalam membiayai pengganas tidak pernah memberikan hasil, beliau berkata, "Sekarang anda meletakkan seluruh bangsa Yaman dalam naungan Iran.
"Sebab utama perang ke atas Iran ialah kekalahan Arab Saudi di Yaman (suatu ketika dahulu) dan kehabisan kayu api serta dominasinya terhadap negara ini.
"Saudi hingga kini sudah berputus asa terhadap pengganas di Yaman dan merasakan rakyat Yaman dapat memerintah demi nasib mereka sendiri, padahal Saudi tidak dapat menahan sabar.
"Kami meminta pemberhentian segera pencerobohan terhadap Yaman dan kembalikan segala inisiatif Arab dan Islam untuk menyelesaikan masalah di Yaman secara politik.