Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marziye Afkham menafikan khabar angin yang menuduh Iran telah mengirim senjata ke Yaman. Menurut beliau lagi, dakwaan seperti ini tidak berasas dan menambah, "Kesepakatan yang pernah ditandatangani antara syarikat pesawat Republik Islam Iran dengan Yaman berada dalam format kegiatan penerbangan awam dan perdagangan. Hingga kini beberapa penerbangan awam berbentuk bantuan perubatan dan kesihatan ke Sana'a telah dilaksanakan. Barangan yang dibawa dalam penerbangan-penerbangan ini telah diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Yaman."
Mengulas tentang jumlah kerosakan dan kecederaan yang dialami rakyat Yaman, beliau meminta pertubuhan antarabangsa terurama sekali Palang Merah memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Yaman yang tidak berdosa serta berusaha sedaya upaya untuk menghentikan serangan.
Afkham turut memaklumkan kesediaan Bulan Sabit Merah Iran untuk menyertai bantuan kemanusiaan di Yaman.