18 April 2015 - 15:47
Arab Saudi sengaja wujudkan ketegangan

Sidang media Ayatullah Hadawi Tehrani tentang situasi terkini transformasi Islam di Timur Tengah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan insiden-insiden yang terjadi di Arab Saudi seperti penghinaan terhadap penziarah Baitullah, pembatalan visa Umrah dan serangan ke atas Yaman, Ayatullah Hadi Mahdawi Tehrani mengambil kesempatan ini dengan mengadakan sidang media berkaitan dengan isu-isu tersebut di Qom.

Beliau yang merupakan anggota syura Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) pada hari Khamis lalu berkata, "Berdasarkan pengamatan sejarah, para penganalisa Barat percaya di zaman tercetusnya revolusi Islam Iran, Iran merupakan kawasan paling aman dari kepentingan Barat; Namun kawasan yang menjadi kepentingan Barat terjebak dengan pergolakan yang tidak dapat diramal."

Ayatullah Mahdi Hadawi Tehrani menambah, "Setelah kemenangan revolusi dan Iran terkeluar dari dominasi Barat, peluang di sebahagian negara telah diwujudkan supaya menjadi polis serantau dan menjaga kepentingan Timur Tengah. Dari perspektif lain, beberapa negara seperti Israel yang terhalang untuk mendapat kepentingan dari monarki Iran telah mencari alternatif lain sebagai ganti. Fenomena baru ini membentuk sejenis kerjasama yang samar-samar di antara dua kelompok kerana kedua-duanya ingin memanfaatkan peluang dan ancaman yang telah wujud dengan pemergian Shah".

Beliau yang merupakan professor di Hawzah Ilmiyah Qom menjelaskan slogan penerapan agama bermakna perluasan dan menghidupkan agama dengan makna khusus. Sekalipun rakyat dan pemimpin revolusi berasal dari Syiah dan pengikut Ahlul Bait (a.s), namun revolusi tampil mempertahankan kepentingan seluruh umat Islam di dalam medan praktikalnya. Oleh itu para penentang revolusi Islam berusaha sehingga revolusi Islam Iran di perkenalkan sebagai kelompok Sunni dan Syiah, atau terbatas kepada puak dan mazhab tertentu."

Jelas beliau lagi, "Apa yang ditunjukkan oleh revolusi Islam Iran snediri ialah mempertahankan orang yang tertindas dan Republik Islam Iran membantu masalah dunia secara makro walaupun ada yang mempunyai pemikiran yang berbeza."

"Di dalam Republik Islam Iran, undang-undang Iran dari satu sisi dan pengalaman ilmu telah melebihi dari tiga dekad, dari satu perspektif yang lain menunjukkan bahawa pemerintahan ini merupakan simbol keharmonian di antara agama-agama dan mazhab-mazhab. Dengan itu Republik Islam Iran yang menonjol sebagai logaritma, telah timbul mengatasi masalah perpecahan dan fanatik fahaman di samping menjaga kepentingan golongan tertindas di dunia.

"Revolusi Islam Iran telah dieksport, eksport ini bermakna perluasan pemahamannya. Iaitu pemikiran Revolusi Islam Iran sampai kepada orang ramai melalui para pemikir dan ia memicu transformasi yang mana contoh jelasnya ialah kebangkitan Islam di negara-negara serantau sejak beberap tahun kebelakangan ini," tutur beliau.

Sambil membawa contoh negara-negara yang mendapat kesan dari kebangkitan Islam beliau berkata, "Negara Tunisa sebenarnya sebuah kampung yang digolongkan dalam dominasi Perancis, dan ia menjadi kawasan perlancongan Barat. Demi menjaga kepentingan Perancis menjerut leher Zainul Abidin Ben Ali di Tunisia dan mendirikan pemerintahan polis. Di zaman pemerintahan ini tidak ada tanda-tanda keislaman. Hampir tidak ada hijab wanita melainkan wanita tua di kampung-kampung. Gelombang budaya Barat bergelora di sana. Terdapat larangan-larangan secara meluas yang menghalang kemunculan pemikiran dan hukum hakam Islam."

Menceritakan apa yang beliau saksikan, Hadawi Tehrani berkata, "Saya telah pergi ke negara ini di zaman Ben Ali selepas revolusi. Dalam lawatan di zaman pemerintahan Ben Ali saya telah mengunjungi banyak lapisan masyarakat. Di sebalik lapisan masyarakat ini saya melihat pemikiran Islam dan saya merasakan pemikiran ini telah menunjukkan dirinya dalam berbagai bentuk. Selepas revolusi Tunsia saya juga melihat kecenderungan luar biasa mereka terhadap Islam dan pemahaman Islam.

"Namun Tunisia ini, yang bermula dengan kebangkitan Islam telah menyimpang dari jalan asalnya manakala gerakan ekstremisme tumbuh subur dengan bantuan dana dari negara-negara serantau, kelengkapan militan dan perisikan barat.

"Dana negara-negara Barat, politik negara-negara Barat, konspirasi Israel telah mewujudkan latas sehingga Tunisia yang merupakan negara sekular, bukan revolusi dan tidak ada penyokong ekstremisme, mereka telah menukar Tunisa sebagai negara utama yang mengirim militan ke Syria. Jihad nikah juga bermula dari Syria dan salah seorang ulama Tunisia merupakan orang pertama memberikan reaksi.

"Usaha-usaha di Syria berada dalam format di mana musuh-musuh kebangkitan Islam dapat diwujudkan dengan misi mencapai matlamat dalam tempoh paling singkat. Syria merupakan tempat kelahiran salah satu gerakan Takfiri palinbg bahaya dalam sejarah manusia atas nama IS. Para penganalisa berkata tentang IS bahawa ia adalah kumpulan gila, tidak waras serta tidak ada asas. Kejadian-kejadian berikutnya akan membawa kepada perubahan wacana dan IS menjajah bumi Syria dan Iraq," jelas beliau.

Berkenaan kegagalan musuh di rantau Timur Tengah, beliau berkata, "Namun dengan mengamati politik Republik Islam Iran dan sokongan rakyat terhadap politik makro Republik Islam Iran, peristiwa-peristiwa bertukar dan musuh-musuh tidak mencapai matlamatnya di Syria. Setelah beberapa tahun kerajaan Syria masih lestari bersama perjuangan rakyat dan pertolongan Republik Islam. Begitu juga di Iraq, walaupun IS sudah menghampiri 15 kilometer dari Baghdad, namun dengan bimbingan marja' taqlid, pegawai kerajaan dan pertolongan Republik Islam, gerakan ini menjadi terencat."

Yaman; Gerakan kaum Houthi bertukar menjadi gerakan popular nasional.

Ayatullah Hadawi Tehrani menceritakan perkembangan di Yaman, "Puak Houthi merupakan kabilah besar dari kabilah-kabilah Syiah Zaidiyah di Yaman. Gerakan yang berkait rapat dengan kabilah ini ialah gerakan kaum dan militan yang sudah beberapa kali bertempur dengan Ali Abdullah Saleh.

"Namun sejak beberapa dekad ini gerakan ini yang merupakan gerakan militan puak telah bertukar menjadi gerakan politik nasional. Gerakan Ansarullah berjaya meraih kekuasaan dan pengaruh luas ketika menjadi gerakan rakyat.

"Disebabkan Ansarullah mencapai kekuasaan, pemerintah Arab Saudi yang menganggap Yaman sebagai wilayah kekuasaannya merasakan berbahaya dan menyerang negara ini meskipun bertentangan dengan kebijaksanaan politik dan sosial.

"Tatkala serangan ini terjadi, Malik Abdullah telah meninggal dunia. Beliau sendiri bersetuju bahawa gerakan Takfiri membawa mudarat. Kerana itu di akhir riwayat hidup, beliau mengongkong gerakan ekstremisme Saudi. Namun perubahan tampuk pemerintahan kerajaan Arab Saudi, ekstremisme terlepas bebas dan seluruh kongkongan telah dilepaskan. Tindakan-tindakan yang diambol sentiasa bertentangan dengan kebijaksanaan politik dan sosial. Kita berharap para pegawai Saudi dapat memahami bahawa gerakan ini tidak memberikan manfaat kepada mereka malah boleh menghapuskan mereka," jelas beliau.

Mekah dan Madinah bukanlah milik Saudi.

Mengulas tentang insiden pahit yang menimpa penziarah kota suci, beliau menegaskan, "Mekah dan Madinah merulana kota-kota dunia Islam serta tertakluk kepada semua umat Islam, meskipun dari segi geografi ia terletak dalam negara Arab Saudi. Malangnya, perbuatan kerajaan Saudi bertentangan dengan Islam, undang-undang dan hak antarabangsa berasaskan pandangan mazhab tertentu sahaja dengan mengongkong para pengikut seluruh mazhab lain, tidak hanya Syiah semata-mata.

"Masalah bagi para penziarah di Makkah dan Madinah sudah pernah diwujudkan, namun dalam situasi terbaru, huru-hara berasaskan akidah semakin parah dan kita menjadi saksi betapa nyawapun tidak lagi aman.

"Tidak amannya nyawa menunjukkan kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai wibawa dalam mentadbir dua kota suci Haramain as-Syarif.

"Sekarang kerajaan Saudi tidak mampu mewujudkan keamanan bagi akidah lain, jiwa dan identiti para penziarah, maka majlis syura negara-negara Islam atau organisasi kerjasama Islam perlu diwujudkan bagi mentadbir Haramain sehingga keamanan bagi para penziarah Baitullah Haram dapat disediakan.

"Inilah yang telah dijelaskan dan ditegaskan oleh Imam Khomeini bahawa rejim Al Saud tidak berkelayakan dalam mentadbir dua kota suci.

"Demi menjaga para penziarah, Republik Islam Iran telah bertindak menggantung pengiriman penziarah-penziarah umrah, ini adalah kerja yang baik. Namun hendaklah difikirkan kerjasama dengan para konsul negara-negara Islam yang mentadbir Haramain berasaskan Islam. Jalan kerjasama bagi menerapkan keamanan Haramain perlu disediakan dan ulama dunia Islam atau OIC perlu saling bekerjasama untuk membentangkan jalan penyelesaian bagi melaksanakan pentadbiran."