Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Makarem Shirazi dalam kuliahnya pagi tadi berkata, "Kuasa yang mencetuskan konflik di Yaman hari ini tidak dapat diberi nama melainkan sebagai orang gila kuasa."
Sambil menceritakan tentang beberapa pemimpin Arab yang saling berganding tangan untuk memusnahkan sebuah negara Arab dan Islam, beliau berkata, "Di sebalik mereka ada Amerika dan Israel selaku penyokong yang jelas."
Beliau yang merupakan marja' taqlid Syiah menambah, "Ia menakut-nakutkan manusia dalam zaman manapun kita berada, pasti ada manusia-manusia yang gila kuasa sambil berganding tangan seperti ini. Sekiranya masih ada maruah, kearaban atau naluri kemanusiaan di dalam diri mereka, sudah tentu mereka tidak akan melakukan perkara ini."
Jelas beliau lagi, "Akhirnya kerja-kerja itu memberi manfaat kepada Israel dan Amerika. Malangnya masyarakat antarabangsa berdiam diri bagaikan mayat tanpa sebarang kabar; Sekiranya seseorang melafazkan kata-kata buruk terhadap Israel walaupun di suatu penjuru dunia, betapa besarnya kontroversi yang akan tercetus. Namun ketika mereka sedang menghancurkan sebuah kerajaan, tidak ada sebarang kabar berita."
Tegas beliau lagi, "Ini semua menyebabkan seluruh harapan yang ada di dalam pusat antarabangsa ini terputus dan mereka membuatkan kita yakin bahawa komuniti ini menjadi pembela golongan zalim."
Beliau turut mendedahkan Dollar minyak Arab Saudi telah dibahagi-bahagikan sesama mereka dan berkata, "Dari PBB sampai kepada para penulis berita surat khabar berbagai negara terjebak dalam berdiam diri tanpa reaksi terhadap jenayah yang tiada tolok bandingan ini."
"Beberapa negara tertentu sudah sedar tentang Islam, kemanusiaan dan Arab, mereka bangkit, namun kebanyakannya masih berdiam diri dan menutup mulut.
"Kelak pembalasan Tuhan ke atas pencabul keadilan akan tampil manakala para penyerang, penzalim dan penumpah darah jiwa-jiwa ini akan jatuh menjadi hina dina," tutur beliau dalam kuliah mingguannya di Masjid A'zham, Qom, pagi tadi.