30 Mei 2016 - 02:58
Doa Kumail dan Bara'ah punca jemaah haji Iran tidak diberi visa

Pembacaan doa Kumail dan slogan berlepas diri dari Musyrikin menjadi alasan jemaah haji Iran dihalang mengerjakan ibadah haji.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Surat khabar Arab Saudi, Okaz mendakwa doa Kumail dan pengistiharaan Bara'ah dari musyrikin menjadi punca jemaah haji Iran tidak diberikan visa.

Okaz melaporkan, "Penekanan Iran untuk ritual bacaan tersebut menyebabkan upacara haji terkeluar dari suasana ibadah dan agama. Tindakan tersebut bertujuan mempolitikkan haji kerana pembacaannya menjadi motivasi. Cara ini mengancam keselamatan jemaah haji."

Okaz mendakwa, doa Kumail juga menimbulkan keraguan, "Pembacaan doa ini mengganggu pergerakan jemaah haji dan membawa ibadah ke arah politik. Selain itu, melaungkan slogan-slogan di dalam ritual agama dengan mengistiharkan Bara'ah mengundang bahaya untuk umat Islam dalam ibadah haji yang disertai oleh pengikut mazhab yang berbeza."

Okaz membuat dakwaan demikian ketika Pertubuhan Haji dan Ziarah Iran mengeluarkan kenyataan tentang Haji Tamattu' tahun ini, "Oleh kerana waktu untuk mengatur program ibadah haji warga Iran, dan tuntutan hak Republik Islam Iran, dengan ini dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi telah mensabotaj para penziarah kita dari hadir dalam ritual ibadah haji Tamattu' pada tahun ini dan kerajaan Arab Saudi harus bertanggung jawab."

Bara'ah merupakan slogan politik berlepas diri dari kaum Musyrikin. Warga Iran mengambil inisiatif untuk melaungkan slogan-slogan anti Amerika dan Israel hasil dari pemahaman surah al-Bara'ah.