ISTANBUL: Pendakwa raya Turki menuntut dua hukuman penjara seumur hidup dan tambahan 1,900 tahun penjara dikenakan kepada ulama Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen, yang dituduh Ankara mendalangi kudeta yang gagal bulan lalu, lapor media semalam.
Dalam kertas pendakwaan 2,527 halaman yang diluluskan pendakwa di rantau Usak di barat Turki, Gulen didakwa cuba memusnahkan pentadbiran berperlembagaan dengan kekerasan selain membentuk dan mengendalikan kumpulan pengganas bersenjata, lapor agensi berita Anadolu.
Kumpulan itu berselindung di sebalik yayasan, sekolah swasta, syarikat, asrama pelajar, media dan syarikat insurans bagi melancarkan rancangannya untuk mengawal semua institusi negeri, katanya.
Ia turut mengumpul dana daripada ahli perniagaan atas nama "sumbangan" dan memindahkan wang itu ke Amerika Syarikat menerusi bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afrika Selatan, Tunisia, Maghribi, Jordan dan Jerman, lapor Anadolu.
Turki mendesak AS mengekstradisi Gulen untuk dibicarakan di tanah airnya dan melahirkan kekecewaan kerana Washington bersikap seperti acuh tak acuh dengan perkara itu. Gulen sekeras-kerasnya menafikan sebarang pembabitan dalam cubaan rampasan kuasa berkenaan. - AFP
ISTANBUL: Pendakwa raya Turki menuntut dua hukuman penjara seumur hidup dan tambahan 1,900 tahun penjara dikenakan kepada ulama Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen, yang dituduh Ankara mendalangi kudeta yang gagal bulan lalu, lapor media semalam. Dalam kertas pendakwaan 2,527 halaman yang diluluskan pendakwa di rantau Usak di barat Turki, Gulen didakwa cuba memusnahkan pentadbiran berperlembagaan dengan kekerasan selain membentuk dan mengendalikan kumpulan pengganas bersenjata, lapor agensi berita Anadolu. Kumpulan itu berselindung di sebalik yayasan, sekolah swasta, syarikat, asrama pelajar, media dan syarikat insurans bagi melancarkan rancangannya untuk mengawal semua institusi negeri, katanya. Ia turut mengumpul dana daripada ahli perniagaan atas nama "sumbangan" dan memindahkan wang itu ke Amerika Syarikat menerusi bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afrika Selatan, Tunisia, Maghribi, Jordan dan Jerman, lapor Anadolu. Turki mendesak AS mengekstradisi Gulen untuk dibicarakan di tanah airnya dan melahirkan kekecewaan kerana Washington bersikap seperti acuh tak acuh dengan perkara itu. Gulen sekeras-kerasnya menafikan sebarang pembabitan dalam cubaan rampasan kuasa berkenaan. - AFP