30 September 2016 - 14:36
ISIS Adalah Ciptaan Israel Dan Amerika Syarikat; Imam Solat Jumaat Tehran

Imam solat Jumaat Tehran, Ayatullah Muhammad Emami Kashani menegaskan bahawa ISIL adalah ciptaan A.S dan Israel di dalam upaya mereka untuk mencapai cita-cita politik mereka di rantau ini secara khasnya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam solat Jumaat Tehran, Ayatullah Muhammad Emami Kashani menegaskan bahawa ISIL adalah ciptaan A.S dan Israel di dalam upaya mereka untuk mencapai cita-cita politik mereka di rantau ini secara  khasnya.

Beliau yang menyampaikan khutbahnya di hadapan ribuan hadirin yang menghadiri upacara solat Jumaat di Universiti Tehran berkata, " ISIL dan kumpulan takfiri telah dibentuk melalui duit dan perancangan rejim Zionis serta pengaruh A.S di rantau itu."

Beliau juga mengingatkan hadirin tentang surat yang disampaikan oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei kepada para remaja Eropah sambil menambah bahawa, "dialog tentang isu takfirisme dan kumpulan lain yang telah dibentuk untuk memburukkan nama Islam adalah sangat penting."

Sebelum itu, pada tahun 2015, pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Khamenei telah menyampaikan mesej terbukanya kepada remaja Eropah dengan mengingatkan mereka bahawa Barat dan sekutu mereka sedang berusaha untuk memburukkan nama islam dengan memperkenalkan konsep-konsep yang tidak benar di dalam agama itu. Beliau juga menyeru mereka supaya mengadakan kajian yang bersifat tidak berat sebelah untuk memahami Islam secara tepat.