13 Oktober 2016 - 15:16
Raja Bhumibol Adulyadej Mangkat Pada Usia 88.

Pihak Istana Thailand telah mengeluarkan pengumuman bahawa Raja Bhumibol Adulyadej telah mangkat di hospital Siriraj pada hari Khamis (13/10).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Istana Thailand telah mengeluarkan pengumuman bahawa Raja Bhumibol Adulyadej telah mangkat di hospital Siriraj pada hari Khamis (13/10). 

Menurut pihak itu juga, Raja yang paling lama bertakhta di dunia itu telah mangkat dengan aman.

Perdana menteri Thailand, Prayut Chan-ocha juga telah muncul di saluran TV kebangsaan untuk mengumumkan bahawa Thailand akan menghormati tempoh berkabung selama setahun sambil meminta rakyat Thailand untuk menghindari sebarang bentuk hiburan selama sebulan.

Raja tersebut di akhirnya hayatnya kurang membuat kemunculan di tempat awam kerana situasi kesihatan beliau yang semakin merosot.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang berusia 64 tahun dijangka akan menaiki takhta untuk menggantikan bapanya.

Ribuan rakyat Thailand yang telahpun berkumpul di luar hospital Siriraj di Bangkok menangis apabila mendengar pengumuman tersebut.

Raja Bhumibol sepanjang hidupnya kekal sebagai simbol persatuan di Thailand yang menyaksikan 19 rampasan kuasa berlaku di sepanjang 70 tahun pemerintahan beliau.