Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesibukan tidak menghalang para tentera dan sukarelawan Iraq daripada menunaikan kewajiban mereka sebagai seorang muslim. Mereka kini dilaporkan giat melakukan persediaan untuk merampas kembali bandar Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri ISIS.
Walaubagaimanapun sekeping gambar yang menunjukkan beberapa orang tentera dan sukarelawan Iraq yang bermazhab Sunni dan Syiah bersama-sama menunaikan solat berjemaah mengikut tatacara masing-masing telah telah mencuri perhatian ramai pihak. Foto tersebut memiliki sebuah mesej yang sangat kuat dan meninggalkan kesan yang luar biasa ke atas mereka yang melihatnya.
Foto tersebut menepis sebarang bentuk propaganda yang mengatakan bahawa konflik di Iraq mempunyai warna sektarian. Ini kerana, foto itu menunjukkan bahawa tentera dan pasukan sukarelawan Iraq (sekurang-kurangnya) terdiri daripada para penganut pelbagai mazhab di dalam agama Islam khususnya Syiah dan Sunni.
Selain daripada itu, foto itu juga menunjukkan bahawa mereka saling bekerjasama di dalam membasmi kumpulan Takfiri dan di dalam masa yang sama juga memperlihatkan kepada masyarakat dunia bahawa toleransi di dalam agama adalah penting untuk memberikan kekuatan kepada bangsa dan negara di dalam menghadapi segala bentuk cabaran.
Selain daripada itu, mungkin juga timbul persoalan lain di benak pembaca iaitu apakah kumpulan Takfiri ini sebahagian daripada mazhab Sunni atau tidak?