21 Oktober 2016 - 03:41
Lagi Serbuan Pihak Berkuasa Ke Atas Komuniti Syiah Malaysia.

Menurut sumber, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 20 Oktober 2016 telah menyerbu sebuah pusat komuniti masyarakat Syiah di negeri itu. Ketika serbuan dibuat, pusat komuniti yang bernama Darul Mustafa itu dilaporkan sedang mengadakan majlis pengajian mingguan berserta dengan upacara bacaan doa Kumayl.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sumber, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 20 Oktober 2016 telah menyerbu sebuah pusat komuniti masyarakat Syiah di negeri itu. Ketika serbuan dibuat, pusat komuniti yang bernama Darul Mustafa itu dilaporkan sedang mengadakan majlis pengajian mingguan berserta dengan upacara bacaan doa Kumayl.

Menurut sumber juga, lebih kurang 35 orang yang hadir telah diambil keterangan manakala beberapa orang lagi daripada mereka telah ditahan. 

Serbuan ini adalah yang yang kedua berlaku di dalam bulan Muharram setelah beberapa pihak di Malaysia termasuklah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru supaya para penganut Sunni dan Syiah supaya bersatu sempena Asyura. Di kesempatan lain juga seorang ulama PAS, Dr Mahfodz juga menyampaikan pandangan beliau yang mengatakan Syiah adalah sebahagian daripada Islam.

Tindakan pihak berkuasa terhadap para penganut mazhab itu juga sebelum ini telah mengundang kritikan pelbagai pihak seperti kumpulan pesara kerajaan Melayu (G25) yang mendakwa bahawa sesetengah pihak di Malaysia gagal bertindak selari dengan perlembagaan serta deklarasi Amman yang ditandatangani sendiri oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Mesej Amman ialah ekspresi semangat agama majmuk yang mentakrifkan pemahaman dan amalan Islam. Objektif utama untuk membolehkan umat Islam di seluruh dunia disatukan dan hidup secara bebas tanpa konflik mazhab dan perselisihan,” kata G25.