21 Oktober 2016 - 07:23
Serangan Saudi Cabuli Gencatan Senjata Yang Ditaja PBB.

Dua serangan Arab Saudi ke atas sasaran awam di Amran dan Sa'ada, Yaman telah menamatkan perjanjian gencatan senjata yang ditaja oleh PBB di negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua serangan Arab Saudi ke atas sasaran awam di Amran dan Sa'ada, Yaman telah menamatkan perjanjian gencatan senjata yang ditaja oleh PBB di negara Arab tersebut.

3 orang dilaporkan telah kehilangan nyawa mereka pada hari Khamis semalam apabila sebuah jet pejuang Arab Saudi menyasarkan sebuah jambatan di daerah Harf Sufyan yang terletak di wilayah Amran. Amran terletak lebih kurang 53 kilometer dari Sana'a. Kejadian itu dilaporkan oleh stesen TV al-Masirah yang berbahasa Arab.

Di dalam kejadian lain, 3 orang juga telah dilaporkan terbunuh di daerah Baqim yang terletak di Sa'ada apabila jet-jet pejuang Saudi melancarkan pengeboman ke atas sebuah bangunan penempatan.

Serangan yang mengakibatkan korban nyawa itu datang pada hari yang sama apabila tentera Yaman dan sukarelawan daripada Jawatankuasa Popular telah menyasarkan sekumpulan pejuang yang setia kepada bekas Presiden Yaman yang disokong Saudi, Abd Rabbuh Mansur Hadi di daerah Maslub.

Menurut sumber tertentu, seramai 15 pejuang yang disokong oleh Riyadh terbunuh di dalam serangan tersebut manakala 30 lagi yang lain dilaporkan cedera.