25 Oktober 2016 - 09:37
Rusia Perbaharui Sokongannya Terhadap Iraq Dalam Peperangan Ke Atas Keganasan.

Menurut stesen berita al-Sumariya, duta Rusia ke Iraq, Morgnov Ilya Anatolyevich memperbaharui sokongan negaranya kepada Iraq di dalam perang menentang keganasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut stesen berita al-Sumariya, duta Rusia ke Iraq, Morgnov Ilya Anatolyevich memperbaharui sokongan negaranya kepada Iraq di dalam perang menentang keganasan.

Pejabat presiden Iraq telah mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden Fuad Masum telah menerima kunjungan duta Rusia ke Iraq, Morgnov Ilya Anatolyevich pada hari Ahad. Di dalam pertemuan itu, mereka berbincang tentang hubungan Moscow dan Baghdad serta kepentingan meningkatkan kerjasama kedua-dua negara di dalam mencapai kepentingan bersama.