Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Sembahyang Jumaat Tehran, Ayatullah Mohammad Emami Kashani menyeru kaum Muslimin untuk meningkatkan kewaspadaan mereka di samping memupuk persatuan di antara mereka dalam rangka menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam umat ini.
Menurut beliau, kaum Muslim juga harus berusaha untuk bangkit dalam memperolehi kebahagiaan sememangnya hak mereka. Kebangkitan itu harus ditujukan kepada para penguasa zalim seperti rejim al-Saud yang menjadi pelaksana politik A.S dan sekutunya Israel di dunia Islam.
"Mereka harus dihalau keluar dari negara-negara Islam," tegas beliau.
Beliau juga menegaskan bahawa terdapat usaha daripada pihak musuh untuk mengecilkan kedudukan Islam di mata masyarakat Islam dan dunia secara umum. Para musuh dengan menggunakan pelbagai kesempatan cuba untuk memberikan penafsiran yang songsang lagi keliru tentang Islam kepada umat Islam sendiri dan masyarakat dunia.
Kaum Muslim harus berusaha untuk bangkit dalam memperolehi kebahagiaan sememangnya hak mereka
Imam Jumaat Tehran Seru Umat Islam Bangkit Tentang Musuh Islam: Imam Jumaat Tehran.
29 Oktober 2016 - 13:38
News ID: 788548
Imam Sembahyang Jumaat Tehran, Ayatullah Mohammad Emami Kashani menyeru kaum Muslimin untuk meningkatkan kewaspadaan mereka di samping memupuk persatuan di antara mereka dalam rangka menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam umat ini.