Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut TV al-Mayadeen, seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 30 yang lain dilaporkan cedera akibat serangan bom kimia yang dilancarkan oleh para pengganas di barat daya Aleppo.
Stesen TV itu juga melaporkan bahawa kesemua yang cedera adalah orang awam. Pada hari Ahad semalam, para anggota militia tempatan memberitahu RIA Novosti bahawa pengganas menggunakan senjata kimia semasa melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Syria di Aleppo barat.
Para pengganas Jabhat al-Nusra dan beberapa kumpulan pemberontak Syria dilaporkan melancarkan serangan di Aleppo barat pada hari Jumaat lepas. Selama tiga hari, pengganas telah menyerang unit tentera Syria.
Militan juga telah dilaporkan telah membedil kawasan perumahan di bahagian barat dan tengah Aleppo sejak Jumaat.
Menurut para pekerja perubatan, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 150 yang lain pula cedera. Pada hari Sabtu, para pengganas dan militan di Aleppo melancarkan serangan ke atas akademi tentera Al-Asad dan daerah Bustan az-Zakhra.
Menurut data perisikan tentera Syria, para militan telah mengambil kesempatan ke atas tempoh gencatan senjata yang diumumkan sebelumnya untuk menempatkan semula kira-kira 8,000 pejuang di selatan dan utara di bandar ini.
Menurut sumber yang sama, jika para pengganas berjaya merampas kawalan ke atas akademi tentera Al-Asad, keseluruhan barat Aleppo akan berada di bawah serangan militan.
Militan juga telah dilaporkan telah membedil kawasan perumahan di bahagian barat dan tengah Aleppo sejak Jumaat.
Pemberontak Guna Senjata Kimia Di Aleppo, Seorang Terbunuh Manakala 30 Lagi Cedera.
30 Oktober 2016 - 17:40
News ID: 788796
Menurut TV al-Mayadeen, seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 30 yang lain dilaporkan cedera akibat serangan bom kimia yang dilancarkan oleh para pengganas di barat daya Aleppo.