3 November 2016 - 19:29
Kami Sedia Kejar Pengganas Di Syria Setelah Bebaskan Tel Afar: Pemimpin Kanan Militia Syiah.

Seorang pegawai kanan Gerakan Mobilisasi Rakyat yang lebih dikenali sebagai al-Hashd al-Shaabi di Iraq memberitahu media bahawa para pejuang kumpulan itu bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka menentang kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekalipun perkara itu mengharuskan mereka untuk melancarkan operasi di negara jiran iaitu Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Gerakan Mobilisasi Rakyat yang lebih dikenali sebagai al-Hashd al-Shaabi di Iraq memberitahu media bahawa para pejuang kumpulan itu bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka menentang kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekalipun perkara itu mengharuskan mereka untuk melancarkan operasi di negara jiran iaitu Syria.

Abu Alaa al-Walaeim yang merupakan Setiausaha Agung Briged Sayyid as-Syuhada berkata di dalam sebuah sidang media bahawa al-Hashd al-Shaabi akan meneruskan perjuangan mereka untuk mengejar dan membasmi ISIS di Syria setelah membebaskan Tel Afar di Mosul.

Beliau juga berkata bahawa kumpulan tersebut telah berjaya membunuh 7 orang pengganas dan menemui sejumlah senjata di dalam operasi membebaskan desa Asiliya dan Mostantak.

Kumpulan itu menaikkan bendera Iraq di desa-desa yang dibebaskannya dan mereka kini sibuk bertempur di desa-desa berhampiran. Di dalam pertempuran baru yang tercetus di desa Tel Saqf dan Mahlabia, kumpulan itu telah berjaya membunuh dan memusnahkan pelbagai elemen pengganas di kawasan tersebut.

Pada minggu lepas, Hadi al-Aemri yang merupakan salah seorang pemerintah kanan al-Hashed al-Shaabi telah menyuarakan kesiapan kumpulan itu untuk beroperasi di Syria. "Misi kami adalah untuk membebaskan negara kami dan jikalau perlu, kami akan bergerak ke Syria juga," kata beliau.