Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Antara isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini yang berkaitan dengan ziarah Arbain adalah masalah kebersihan awam. Memandangkan jutaan manusia dijangkakan akan menyertai upacara tersebut, maka isu kebersihan yang juga terkait dengan kesihatan tidak lagi dapat dielakkan daripada menjadi bahan perbualan dang perbincangan.
Persoalan-persoalan juga telah dilontarkan kepada pejabat-pejabat marja' taqlid di dalam upaya masyarakat melihat dan menangani isu ini daripada aspek syariah.
Berikut salah satu daripada soal jawab yang diutarakan kepada Ayatullah Sistani.
Soal:
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum
Memandangkan hari Arbain sudah hampir dan dengan melihat bahawa bilangan penziarah yang akan menyertai upacara tersebut mencecah angka puluhan juta sekaligus menciptakan kesukaran untuk menjaga kebersihan sepanjang perjalanan program secara individu yang mana kesukaran itu sendiri telah mengundang kritikan daripada para penziarah sendiri, tolong Tuan jelaskan apakah derma (tabarru') dalam membeli tong sampah dan plastik sampah serta menjaga kebersihan asrama-asrama dan jalan yang akan digunakan oleh para penziarah merupakan contoh amalan-amalan mustahab dan khidmat kepada Islam atau tidak?
Jawab:
Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi.
Iya, sebarang langkah yang menggalakkan, menyelesakan dan memudahkan ziarah itu sendiri bagi para mukmin serta setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dalam rangka khidmat kepada para penziarah Imam Hussein (a.s) merupakan contoh daripada infak di jalan Allah.
7 November 2016 - 18:25
News ID: 790461
Antara isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini yang berkaitan dengan ziarah Arbain adalah masalah kebersihan awam. Memandangkan jutaan manusia dijangkakan akan menyertai upacara tersebut, maka isu kebersihan yang juga terkait dengan kesihatan tidak lagi dapat dielakkan daripada menjadi bahan perbualan dang perbincangan.