11 November 2016 - 04:29
Trump Menang Kerana Demokrat Manipulasi Pemilihan Dalaman Parti Untuk Ketepikan Bernie Sanders.

Menurut Wikileaks, calon Republikan, Donald Trump memenangi pilihan raya 8 November lepas kerana parti Demokrat mengamalkan penipuan undi semasa proses pemilihan dalaman mereka dalam rangka menampilkan Clinton sebagai calon Presiden mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Wikileaks, calon Republikan, Donald Trump memenangi pilihan raya 8 November lepas kerana parti Demokrat mengamalkan penipuan undi semasa proses pemilihan dalaman mereka dalam rangka menampilkan Clinton sebagai calon Presiden mereka.

Calon bebas, Bernie Sanders yang cuba bertanding dengan tiket parti Demokrat mampu menewaskan Clinton dakwa Wikileaks. Akan tetapi, Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat (DNC) telah menghalang beliau daripada berbuat demikian dengan menyingkirkan beliau dalam proses undian dalaman parti tersebut. Tindakan itu menyebabkan mereka hanya mampu untuk menampilkan calon yang lebih lemah (berbanding Bernie Sanders) di dalam melawan Trump.

Parti Demokrat telah memusnahkan matlamat asal menganjurkan pemilihan dalaman parti bagi memilih calon Presiden mereka dengan mengeluarkan Sanders daripada pemilihan itu.

Kumpulan yang diketuai oleh Julian Assange telah membocorkan ribuan emel DNC sepanjang beberapa bulan lepas sekaligus menerbitkan maklumat yang menunjukkan bahawa parti tersebut berusaha untuk memanipulasi pemilihan dalaman parti supaya memihak kepada Clinton.

Pendedahan itu mencetuskan keributan yang akhirnya menyebabkan Pengerusi DNC, Debbie Wesserman Schultz meletakkan jawatannya.

Semasa pemilihan itu, Sanders mengikuti Clinton dengan rapat dan berjanji untuk terus berlawan sehingga konvensyen DNC pada Jun lepas di mana calon Presiden parti tersebut dinamakan.

Akan tetapi, ketika pemilihan hampir tamat, Sanders mengubah nada beliau dan akhirnya menyerah kepada Clinton.