Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Pertahanan A.S, Ashton Carter mengatakan bahawa Pentagon kekurangan ratusan juruterbang ketika melawat Lapangan Terbang Randolph di Texas pada hari Rabu lepas.
Angkatan Tentera Udara A.S dilaporkan memiliki lebih kurang 1600 pesawat tempur pada ketika ini. Akan tetapi mereka kekurangan hampir 700 orang juruterbang dan 4000 orang krew penyelenggaraan. Kebanyakan juruterbang yang mahir dilaporkan lebih suka memilih untuk bekerja di sektor swasta.
"Kekurangan upaya untuk menyelenggara dan menerbangkan pesawat khususnya di dalam situasi bertempo tinggi dan suasana tempur yang penuh ancaman bermaksud kadar kebolehgunaan pesawat daripada inventori sedia ada milik mereka (pihak tentera udara) adalah lebih kecil," kata Carter.
Carter juga mengatakan bahawa masalah perlu diambil peduli oleh pihak pentadbiran tentera A.S. "Juruterbang tentera sangat terlatih dan sangat diperlukan kerana latihan yang mereka jalani," kata beliau lagi.
Di dalam rangka menyelesaikan masalah itu, Setiausaha Tentera Udara, Deborah Lee James telah menyeru pihak terbabit untuk menaikkan bonus di samping mengizinkan juruterbang bercuti lebih kerap.
18 November 2016 - 03:41
News ID: 792639
Setiausaha Pertahanan A.S, Ashton Carter mengatakan bahawa Pentagon kekurangan ratusan juruterbang ketika melawat Lapangan Terbang Randolph di Texas pada hari Rabu lepas.