Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa keganasan di negeri Rakhine, Myanmar telah menyebabkan 30000 orang tersingkir dari tempat tinggal mereka sejak Oktober lalu.
"Hampir 30000 orang dianggarkan telah tersingkir dari tempat tinggal dan ribuan lagi terjejas berikutan serangan bersenjata pada 9 Oktober lepas berserta operasi keselamatan yang dilancarkan di seluruh bahagian utara negeri Rakhine," kata seorang jurucakap bagi Pejabat Koordinasi Urusan Kemanusiaan PBB (OCHA) pada hari Jumaat.
Rakhine sudah berada di dalam keadaan perintah berkurung sejak bulan lepas apabila 9 orang pengawal sempadan Myanmar dilaporkan terbunuh di dalam sebuah serangan. Pihak kerajaan menuduh etnik Rohingya melakukan perkara tersebut.
Semenjak peristiwa itu, kerajaan Myanmar telah mengakibatkan kematian puluhan etnik Rohingya rentetan apa yang mereka panggil sebagai operasi mencari dan memburu penyerang-penyerang tersebut.
Menurut PBB, etnik Rohingya adalah kaum minoriti yang paling tertindas di dunia.
18 November 2016 - 17:55
News ID: 792753
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa keganasan di negeri Rakhine, Myanmar telah menyebabkan 30000 orang tersingkir dari tempat tinggal mereka sejak Oktober lalu.