21 November 2016 - 08:00
Saudi Cabuli Gencatan Senjata Sebanyak 114 Kali: Jurucakap Tentera Yaman.

Menurut pihak Yaman, Arab Saudi dan sekutunya telah mencabul gencatan senjata yang baru-baru ini diumumkan Riyadh lebih daripada 100 kali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut pihak Yaman, Arab Saudi dan sekutunya telah mencabul gencatan senjata yang baru-baru ini diumumkan Riyadh lebih daripada 100 kali.

Jurucakap Tentera Yaman, Brigadier Jeneral Sharaf Luqman berkata pada hari Ahad bahawa gencatan senjata itu sudah dicabuli oleh tentera pakatan tajaan Riyadh sebanyak 114 kali. sedangkan gencatan itu baru sahaja dikuatkuasakan pada hari Sabtu lepas.

Dia juga berkata bahawa pasukan tajaan Saudi telah melancarkan serangan ke atas wilayah berbeza-beza di Yaman termasuk Ta'izz, Sana'a dan Sa'ada sambil menambah bahawa penggunaan senjata terlarang juga dilaporkan di dalam serangan-serangan itu.

Jeneral itu juga berkata bahawa angkatan tentera dan para pejuang daripada pihak Suruhanjaya Popular masih komited terhadap gencatan senjata itu namun menegaskan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan Yaman jikalau perkara di atas berterusan.

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengambil keputusan untuk memulakan gencatan senjata 48 jam di Yaman bermula pada jam 9.00 pagi waktu Yaman pada hari Sabtu lepas.