24 November 2016 - 17:15
Pengebom Berani Mati Letupkan Diri Berhampiran Baghdad.

Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya sendiri berhampiran sebuah stesen minyak yang terletak berdekatan dengan ibu negara Iraq, Baghdad pada hari Khamis sekaligus membunuh 80 orang mangsa yang baru selesai melakukan ziarah Arbain di bandar Karbala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya sendiri berhampiran dengan sebuah stesen minyak yang terletak berdekatan dengan ibu negara Iraq, Baghdad pada hari Khamis sekaligus membunuh 80 orang mangsa yang baru selesai melakukan ziarah Arbain di bandar Karbala.

Letupan itu berlaku di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 120 kilometer dari Baghad. Penyerang tersebut telah meletupkan keretanya berhampiran dengan sebuah stesen minyak dan sebuah kedai kopi yang dipenuhi oleh penziarah dari Iran.

Kumpulan Takfiri Daesh telah mengaku bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Ziarah Arbain adalah sebuah perarakan yang dianjurkan sempena memperingati ulang tahun hari ke-40 selepas Imam Hussein -cucunda Nabi S.A.A.W- disyahidkan di Karbala oleh tentera Yazid.