26 November 2016 - 17:37
Hashd al-Shaabi Diiktiraf Oleh Kerajaan Sebagai Cabang Daripada Tentera Iraq.

Parlimen Iraq telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang akan memberikan satus undang-undang kepada Unit Gerakan Popular Iraq (Hashd al-Shaabi), yang telah menyertai tentera kerajaan dalam usaha mereka membasmi kumpulan pengganas di negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Iraq telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang akan memberikan satus undang-undang kepada Unit Gerakan Popular Iraq (Hashd al-Shaabi), yang telah menyertai tentera kerajaan dalam usaha mereka membasmi kumpulan pengganas di negara tersebut.

Seramai 208 orang ahli parlimen pada hari Sabtu telah mengundi untuk menyokong rang undang-undang tersebut yang mengiktiraf Hashd al-Shaabi sebagai salah sebuah cabang angkatan bersenjata Iraq. Rang undang-undang itu juga meletakkan kumpulan tersebut di bawah kepimpinan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi sekaligus membolehkan mereka menerima gaji dan pencen seperti tentera kerajaan dan pihak polis.

Abadi mengalu-alukan rang undang-undang itu di dalam sebuah kenyataan sambil berkata bahawa ahli-ahli Hashd al-Shaabi merangkumi pelbagai etnik dan agama di negara tersebut.