29 November 2016 - 05:52
Pencalonan Fillon Bukti Pengundi Mahukan Polisi Berhaluan Kiri Di Perancis.

Kejayaan Fillon untuk bertanding sebagai calon parti Republikan Perancis menunjukkan bahawa para pengundi di negara itu mahukan calon berhaluan kiri untuk bertanding di dalam pilihan raya presiden Perancis pada tahun 2017.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kejayaan Fillon untuk bertanding sebagai calon parti Republikan Perancis menunjukkan bahawa para pengundi di negara itu mahukan calon berhaluan kiri untuk bertanding di dalam pilihan raya presiden Perancis pada tahun 2017.

"Pencalonan Fillon (sebagai calon parti Republikan) membuktikan bahawa para pengundi mahukan polisi yang berorientasikan haluan kiri di dalam kesemua lapangan politik," kata Roman Haider yang merupakan seorang ahli kepada sebuah parti politik berhaluan kiri di Austria.

Menjelang pemilihan Ahad lepas, Fillon menyerang Juppe yang berasal daripada kelompok tengah sambil menuduhnya sebagai tidak mahu melakukan perubahan secara serius. Fillon memenangi pemilihan pencalon parti Republikan pada Ahad lepas dengan mengalahkan Alain Juppe dan dijangka akan bertembung dengan Marine Le Pen pada Mei akan datang di dalam pilihan raya presiden negara itu.

Roman Haider juga menambah bahawa Fillon berjaya meraih sokongan tambahan daripada pengundi berhaluan kiri dengan retorik bahawa beliau akan memperbaiki hubugan dua hala di antara Paris dan Moscow. Akan tetapi, penggubal undang-undang Austria itu juga berkata bahawa kemungkinan Fillon untuk mengotakan janjinya itu amatlah kecil memandangkan beliau mewakili dan melindungi kepentingan sebuah kumpulan politikus elit negaranya.

Semasa kempen beliau, Fillon berulang kali menegaskan pendirian beliau tentang memperbaiki hubungan dengan Moscow. Di samping itu beliau juga menyokong ide mempertahankan kemandirian Perancis di persada politik dunia.

Fillon di pelbagai kesempatan turut menyatakan pendirian beliau tentang pendekatan keras yang perlu diambil terhadap kumpulan radikal Islam. Beliau juga dikenali sebagai penentang isu perkahwinan sejenis di Perancis.