Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igo Konashenkov pada hari Selasa berkata bahawa negara-negara barat sedang kini giat mendesak pihak terbabit untuk mengenakan sekatan ke atas pihak Rusia berikutan kejayaan Damsyik membebaskan bandar Aleppo daripada cengkaman pengganas.
Pada awal kenyataannya, Konashenkov mengingatkan pihak media tentang berita kejayaan tentera Syria membebaskan separuh daripada kawasan timur Aleppo yang mana seramai 80000 orang awam dilaporkan terperangkap di situ.
"Jelas bahawa pembebasan 80000 orang penduduk awam Aleppo yang ditahan oleh para militan bukanlah sebahagian daripada rancangan Kementerian Luar U.K dan Perancis, Jabatan Negara A.S mahupun Bundestag Jerman. Mereka kini mahukan sekatan yang baru pula dikenakan (ke atas Rusia berikutan kejayaan Damsyik)," kata beliau.
Menurut Konashenkov, terdapat puluhan ribu kanak-kanak yang mendiami kawasan yang dibebaskan itu. "Kebanyakan mereka menerima makanan, air minuman dan bantuan perubatan di pusat-pusat kemanusiaan yang ditempatkan oleh Rusia buat kali yang pertama setelah sebuah sela waktu yang amat panjang. Sejak beberapa tahun lalu mereka telah dijadikan perisai manusia tanpa mengira warna kulit oleh pengganas di Aleppo. Mereka inilah yang didakwa telah dilindungi oleh ahli politik barat," kata beliau lagi.
29 November 2016 - 17:05
News ID: 795014
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igo Konashenkov pada hari Selasa berkata bahawa negara-negara barat sedang kini giat mendesak pihak terbabit untuk mengenakan sekatan ke atas pihak Rusia berikutan kejayaan Damsyik membebaskan bandar Aleppo daripada cengkaman pengganas.