Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pada 24 Ogos lalu, tentera Turki dengan bantuan udara daripada pesawat-pesawat tempur tentera pakatan tajaan Amerika Syarikat telah melancarkan operasi ketenteraan yang dipanggil sebagai 'Perisai Euphrates' untuk membersihkan Jarabalus, sebuah bandar sempadan yang terletak di Syria, dan kawasan sekitarnya daripada elemen pengganas ISIS. Setelah merampas bandar itu, tentera Turki dengan bantuan kumpulan pemberontak Syria meneruskan kemaraan mereka ke arah barat daya negara yang teruk dilanda perang itu.
"Mereka kata 600000 orang telah terbunuh di Syria. Akan tetapi saya percaya hampir sejuta orang telah kehilangan nyawa mereka. Di mana PBB? Apa yang mereka lakukan? Kami sudah lama bertoleransi, tetapi akhirnya kami terpaksa memasuki Syria dengan Tentera Pembebasan Syria (FSA)," katanya di dalam sebuah simposium yang berlangsung di Istanbul.
"Untuk apa? Kami tidak mahukan bumi Syria... Kami di sana untuk menegakkan keadilan dan mengakhiri pemerintahan Assad yang kejam," tambahnya lagi.
Campur tangan Turki telah dikritik oleh pelbagai pihak termasuk etnik Kurdis Syria dan kerajaan Damsyik sendiri memandangkan tindakan itu berada di luar norma undang-undang antarabangsa sekaligus menunjukkan bahawa Ankara tidak menghormati kedaulatan negara-negara lain.
30 November 2016 - 12:13
News ID: 795177
Pada 24 Ogos lalu, tentera Turki dengan bantuan udara daripada pesawat-pesawat tempur tentera pakatan tajaan Amerika Syarikat telah melancarkan operasi ketenteraan yang dipanggil sebagai 'Perisai Euphrates' untuk membersihkan Jarabalus, sebuah bandar sempadan yang terletak di Syria, dan kawasan sekitarnya daripada elemen pengganas ISIS.