Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mejar Jeneral Mohammad Hossein Bagheri, Ketua Turus Angkatan Tentera Republik Islam Iran baru-baru ini berkata bahawa negara itu mungkin perlu membina pangkalan tentera laut di beberapa buah negara asing khususnya di Syria dan Yaman. Seyed Hadi Afghahi yang merupakan seorang penganalisis memberitahu Sputnik bahawa kenyataan itu merupakan sebuah penilaian strategik semata-mata dan tidak mempunyai didukung oleh sebarang tindakan konkrit.
"Saya ingin menekankan bahawa komen yang dibuat oleh Jeneral Bagheri tidak sepatutnya dianggap sebagai cita-cita Tehran untuk menduduki kawasan perairan negara-negara lain," katanya. "Kenapa seseorang patut mengandaikan bahawa Iran akan melaksanakan campur tangan ketenteraan dan kemudiannya mengambil sebahagian daripada bumi Yaman dan Syria dalam rangka menempatkan tenteranya di sana? Perkara ini sangat bodoh. ... Iran selalu bertindak mengikut rangka kerja yang disahkan oleh undang-undang antarabangsa," katanya lagi.
Jeneral Bagheri juga berkata bahawa Iran telah mendapati dirinya dikelilingi oleh ancaman memandangkan Pentagon mempunyai kem-kem tentera dan juga pusat penstoran senjata di Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE, Oman dan Arab Saudi.
"Selain itu kepimpinan A.S telah berkali-kali mengancam Iran dengan senario ketenteraan," kata Afghahi.
Perkara-perkara di atas telah memaksa Iran untuk memikirkan tentang cara untuk mempertingkatkan keupayaan tenteranya termasuk tentera laut negara itu.
1 Disember 2016 - 19:00
News ID: 795425
Mejar Jeneral Mohammad Hossein Bagheri, Ketua Turus Angkatan Tentera Republik Islam Iran baru-baru ini berkata bahawa negara itu mungkin perlu membina pangkalan tentera laut di beberapa buah negara asing khususnya di Syria dan Yaman. Seyed Hadi Afghahi yang merupakan seorang penganalisis memberitahu Sputnik bahawa kenyataan itu merupakan sebuah penilaian strategik semata-mata dan tidak mempunyai didukung oleh sebarang tindakan konkrit.