Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, (ICRC) memberi amaran bahawa operasi tentera kerajaan Iraq untuk membebaskan bandar utara Iraq, Mosul daripada cengkaman Daesh akan memakan masa berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan.
Pengarah operasi ICRC di seluruh dunia, Dominik Stillhart berkata di dalam sebuah temu ramah pada hari Khamis bahawa penduduk awam mungkin akan menjadi mangsa kepada pertempuran yang berlaku di dalam dan di luar bandar tersebut. Bandar Mosul dilaporkan memilikiseramai 1 juta orang penduduk itu.
Bandar itu jatuh ke tangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada Jun 2014.
"Apa yang kita lihat sekarang adalah sebuah realiti yang menunjukkan kepada kita bahawa pertempuran tidak akan tamat dalam masa yang terdekat. Ini kerana tentangan yang wujud adalah sangat kuat," kata Dominik Stillhart.
Pegawai itu juga berkata bahawa pertempuran sengit yang tercetus sekarang telah menyebabkan lebih ramai penduduk awam memilih untuk meninggalkan kawasan tersebut dalam rangka mengelakkan diri mereka daripada terperangkap di garisan hadapan konflik itu.
Beliau juga mengatakan bahawa sebab utama yang menyebabkan kemaraan tentera Iraq menjadi perlahan adalah polisi mereka yang ingin melindungi keselamatan penduduk awam di Mosul.
2 Disember 2016 - 15:27
News ID: 795565
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, (ICRC) memberi amaran bahawa operasi tentera kerajaan Iraq untuk membebaskan bandar utara Iraq, Mosul daripada cengkaman Daesh akan memakan masa berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan.