Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa syarikat besar negara itu yang mahu memindahkan operasi mereka ke luar negara akan dihukum di bawah pentadbirannya.
Trump membuat kenyataan itu pada hari Khamis di Indianapolis yang merupakan ibu kota negeri Indiana. Beliau juga mengumumkan tentang sebuah perjanjian dengan syarikat pengeluar sistem penghawa dingin Carrier untuk mengekalkan operasi mereka di A.S.
"Syarikat-syarikat tidak akan meninggalkan A.S tanpa sebarang hukuman. Itu tidak akan lagi berlaku," Trump bercakap kepada para pekerja di kilang Carrier.
"Mereka boleh meninggalkan satu negeri untuk pergi ke negeri lain. Akan tetapi meninggalkan negara akan menjadi sangat sukar," tambah beliau.
Semasa kempen pilihan raya beliau, Trump mengkritik syarikat-syarikat besar yang meninggalkan A.S untuk mencari pasaran buruh yang lebih murah dalam rangka meningkatkan keuntungan mereka sekaligus menyebabkan ramai penduduk Amerika kehilangan pekerjaan.
Beliau berjanji untuk membawa pekerjaan semula ke A.S dan menghukum syarikat-syarikat yang enggan pulang dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas produk mereka.
2 Disember 2016 - 16:15
News ID: 795579
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa syarikat besar negara itu yang mahu memindahkan operasi mereka ke luar negara akan dihukum di bawah pentadbirannya.