Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat SU-33 milik Rusia tergelincir daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov di Mediterranean ketika juruterbang pesawat malang itu cuba mendarat di atas dek kapal tersebut. Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, juruterbang tersebut sempat melentingkan dirinya daripada jet itu dan kemudiannya diselamatkan oleh para petugas kapal.
"Ketika pendaratan, jet SU-33 yang baru sahaja menamatkan sebuah misi ketenteraan di ruang udara Syria tergelincir keluar daripada dek kapal kerana kabel yang sepatutnya menahan jet itu mengalami kerosakan. Juruterbang jet itu berjaya melentingkan diri dan kemudiannya dibawa ke atas kapal Admiral Kuznetsov oleh sekumpulan penyelamat. Nyawanya tidak lagi dalam bahaya," kata kementerian itu.
Aramada kapal Rusia kini meneruskan misi mereka seperti biasa.
5 Disember 2016 - 15:54
News ID: 796249
Sebuah pesawat SU-33 milik Rusia tergelincir daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov di Mediterranean ketika juruterbang pesawat malang itu cuba mendarat di atas dek kapal tersebut.