6 Disember 2016 - 14:49
Damsyik Berterima Kasih Kepada Rusia Dan China Yang Memveto Sebuah Draf Resolusi Majlis Keselamatan  Berkaitan Aleppo

Damsyik menyatakan penghargaannya kepada Moscow dan Beijing kerana memveto sebuah draf Majlis Keselamatan PBB berkaitan Aleppo. Perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Luar Syria pada hari Selasa.

Agensi Berita Ahlul (ABNA24) - Damsyik menyatakan penghargaannya kepada Moscow dan Beijing kerana memveto sebuah draf Majlis Keselamatan PBB berkaitan
Aleppo. Perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Luar Syria pada hari Selasa.

Pada minggu lalu, New Zealand dengan dukungan daripada Mesir dan Sepanyol memgusulkan sebuah draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang menggesa segala
bentuk tindakan ketenteraan dihentikan selama 7 hari di bandar Aleppo. Sebelum undian itu dibuat, Duta Rusia ke PBB, Yitaly Churkin telah memberi amaran
bahawa Moscow percaya draf tersebut masih perlu diubahsuai lagi.

Pada hari Isnin, Rusia dan China telah memveto draf resolusi itu. Venezuela turut mengundi untuk tidak membenarkan draf resolusi itu diluluskan manakala
Angola pula memilih untuk tidak memihak.

"Syria mengucapkan terima kasihnya kepada Persekutuan Rusia dan China kerana menggunakan veto mereka untuk menghalang draf resolusi yang menyatakan tentang
perdamaian, tetapi tidak memaksa para militan untuk meninggalkan Aleppo. (Tindakan sebegini) akan memberikan peluang kepada para pengganas untuk berkumpul
semula dan meneruskan jenayah mereka," kata kementerian itu kepada RIA Novosti.

Kementerian itu turut menegaskan hasrat Damsyik untuk meningkatkan bantuannya kepada rakyat Syria yang terkesan daripada aktiviti kumpulan militan tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk menamatkan penderitaan rakyat awam adalah dengan menghapuskan kumpulan pengganas di negara itu.