Agensi Beita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan militan di timur Aleppo menawarkan gencatan senjata 5 hari kepada tentera Syria berikutan kekalahan teruk yang mereka alami sejak kebelakangan ini. Perkara itu dilaporkan oleh Agensi Berita ARA pada hari Rabu dengan merujuk kepada sumber tempatan.
Sepanjang minggu ini, tentera Syria dan sekutunya telah berjaya membebaskan beberapa buah daerah di timur Aleppo yang sebelum ini dikuasai oleh beberapa kumpulan militan yang dipercayai diketuai oleh Jabhat al-Nusra (sekutu al-Qaeda di Syria) sendiri. Mereka juga sedang giat meneruskan kemaraan mereka di kawasan tersebut setelah kumpulan militan sebelum ini enggan meninggalkan bandar itu dengan aman.
Sumber itu turut memberitahu media bahawa kumpulan militan turut menyatakan kesediaan mereka untuk membincangkan hala tuju bandar itu pada masa hadapan dengan tentera Syria memandangkan Damsyik kini berjaya mengetatkan kawalan mereka ke atas kawasan yang dikuasai para militan dan pengganas.
7 Disember 2016 - 17:40
News ID: 796738
Kumpulan militan di timur Aleppo menawarkan gencatan senjata 5 hari kepada tentera Syria berikutan kekalahan teruk yang mereka alami sejak kebelakangan ini.