7 Disember 2016 - 17:55
Tentera Syria Kuasai 70 Peratus Kawasan Di Timur Aleppo: Rusia

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, Tentera Arab Syria kini dilaporkan menguasai 70 peratus daripada kawasan timur Aleppo yang sebelumnya ditawan oleh kumpulan militan Syria

Agensi Beita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, Tentera Arab Syria kini dilaporkan menguasai 70 peratus daripada kawasan timur Aleppo yang sebelumnya ditawan oleh kumpulan militan Syria.

Menurut Pusat Pengamanan Semula Rusia di Syria, tentera Damsyik berjaya merampas kembali 50 buah daerah di timur Aleppo yang sebelum ini dikawal oleh kumpulan militan dan pengganas.

"Kerajaan Syria menguasai 50 buah daerah di timur Aleppo iaitu lebih kurang 70 peratus daripada kawasan yang sebelumnya dipegang oleh kumpulan militan," kata kementerian itu.

Seramai 66 orang militan juga dilaporkan telah menyerah diri dan meninggalkan Aleppo sepanjang 24 jam yang lalu. Kesemua mereka diberikan pengampunan oleh kerajaan Damsyik. Perkara ini dilaporkan oleh pusat tersebut.

Menurut sebuah laporan, seramai 1224 orang penduduk awam juga telah meninggalkan kawasan yang dikuasai pengganas di timur Aleppo sepanjang 24 jam yang lalu.

Sepanjang minggu ini, tentera Syria dan sekutunya telah berjaya merampas kembali banyak kawasan di timur Aleppo dan kini mereka giat meneruskan usaha mereka untuk membersihkan Aleppo daripada unsur kumpulan pengganas.