11 Disember 2016 - 18:24
Tentera Syria Berusaha Keras Tangkis Serangan Daesh Ke Atas Palmyra

Tentera Syria meneruskan usaha mereka menangkis serangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar purba Palmyra pada hari Ahad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria meneruskan usaha mereka menangkis serangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar purba Palmyra pada hari Ahad. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita milik kerajaan Syria SANA.

Para pengganas sebelum ini melancarkan serangan mereka ke atas bandar itu pada hari Sabtu lepas. Akan tetapi serangan mereka itu berjaya dipatahkan oleh tentera kerajaan Damsyik yang dibantu oleh Tentera Udara Persekutuan Rusia.

Selepas kekalahan itu, kumpulan pengganas mengubah taktik mereka dengan menyerang Palmyra dari arah utara, timur dan selatan bandar itu. Secara zahirnya, objektif mereka adalah untuk menawan bandar al-Amiriyah yang terletak di timur laut Palmyra.

Tentera Arab Syria dengan bantuan Tentera Udara Rusia sebelum ini telah berjaya membebaskan bandar Palmyra daripada cengkaman Daesh pada Mac 2016.