16 Disember 2016 - 09:39
Trump Pilih Penyokong Kuat Israel Sebagai Duta A.S Ke Tel Aviv

Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melantik David Friedman, seorang peguam untuk menjadi duta Amerika Syarikat (AS) ke rejim haram Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melantik David Friedman, seorang peguam untuk menjadi duta Amerika Syarikat (AS) ke rejim haram Israel.

Friedman yang berusia 57 tahun itu pernah menjadi penasihat Trump berkaitan isu AS-Israel ketika tempoh berkempen sebelum ini.

Di dalam sebuah kenyataan yang dibuat oleh bakal Presiden A.S itu, menyebut bahawa hubungan erat Friedman dengan Israel akan menjadi asas kepada misi diplomatik beliau di sana.

Friedman juga berkata bahawa dia akan bekerja di Kedutaan AS yang terletak di Baitulmaqdis sekaligus mencetus kemarahan pihak pentadbiran Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setakat ini tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.

Sehingga ini Kedutaan A.S ditempatkan di Tel Aviv.