Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Rusia berkata bahawa sejak permulaan kempen negaranya ke atas pengganas di Syria, pesawat-pesawat tempur Rusia telah melancarkan 71000 serangan dan membasmi seramai 35000 orang pengganas.
Beliau turut berkata bahawa sebanyak 700 kem latihan pengganas juga berjaya dimusnahkan oleh tentera udara negara itu sejak permulaan operasi mereka di negara Syria.
"Sejak permulaan operasi (kami di Syria), pesawat-pesawat Rusia telah melancarkan 17800 serangan mengejut dan 71000 serangan ke atas infrastruktur pengganas sekaligus memusnahkan 725 kem latihan, kilang membuat peluru, 1500 perkakasan ketenteraan pengganas dan menghapuskan 35000 militan termasuk 204 orang pemimpin mereka," kata Shoigu.
Shoigu turut berkata bahawa 9000 orang militan juga telah menyerahkan diri mereka kepada pihak tentera Syria.
Menurut beliau juga, operasi Rusia di Syria telah berjaya mengelakkan kegiatan keganasan daripada menyebar ke negara-negara lain di rantau itu dan di dalam masa, perkara itu turut membantu mengekalkan integriti wilayah-wilayah di Syria.
22 Disember 2016 - 13:30
News ID: 800023
Menteri Pertahanan Rusia berkata bahawa sejak permulaan kempen negaranya ke atas pengganas di Syria, pesawat-pesawat tempur Rusia telah melancarkan 71000 serangan dan membasmi seramai 35000 orang pengganas.