22 Disember 2016 - 13:53
Amerika Sentiasa Campur Tangan Di Dalam Pilihan Raya Negara-Negara Lain: Ron Paul

Bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ron Paul berkata bahawa kerajaan negara itu sentiasa melakukan campur tangan di dalam pilihan raya di negara-negara lain dan tidak sepatutnya mereka menyalahkan Rusia kerana melakukan perkara yang sama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ron Paul berkata bahawa kerajaan negara itu sentiasa melakukan campur tangan di dalam pilihan raya di negara-negara lain dan tidak sepatutnya mereka menyalahkan Rusia kerana melakukan perkara yang sama.

Ketika berbincang berkenaan dakwaan Washington yang mengatakan bahawa Moscow memainkan peranan yang signifikan di dalam memastikan kemenangan Donald Trump pada pilihan raya 8 November lalu, Ron Paul memberitahu Rangkaian Bisnes Fox bahawa pihak yang mencanagkan isu itu sebenarnya mempunyai motif politik.

"Saya yakin bahawa Rusia melakukan campur tangan (itu)," aku Paul yang merupakan bekas calon presiden sebanyak 3 kali. "Kita melakukan campur tangan sepanjang masa," tambahnya lagi.

"Jika kamu menyemak balik sejarah berkaitan berapa banyak pilihan raya yang kita pengaruhi, berapa banyak negara yang kita cerobohi dan berapa banyak orang yang telah kita bunuh dalam rangka memastikan 'orang kita' berjaya (masuk ke dalam kerajaan negara-negara tersebut), saya berterus-terang dengan kamu... kita sebenarnya tidak memiliki banyak ruangpun untuk mengecam orang lain," katanya lagi.

Paul juga berkata bahawa pengaruh Moscow di dalam pilihan raya lepas adalah tidak signifikan dan Demokrat hanya menggunakan perkara itu untuk mencipta alasan bagi menjawab kekalahan mengejut mereka.