Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria telah menemui 21 mayat orang awam di penjara-penjara yang dikelolakan oleh kumpulan militan Takfiri di timur bandar Aleppo. Penemuan itu dibuat ketika pihak berkuasa sibuk membersihkan bandar itu selepas para militan dan pengganas bersama ahli keluarga mereka meninggalkan kawasan tersebut.
Pihak media SANA berkata bahawa terdapat 5 orang kanak-kanak dan 4 orang wanita di kalangan mereka yang dibunuh oleh militan sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.
"Mayat para syuhada ditemui di dalam penjara-penjara yang dikelolakan oleh kumpulan pengganas di kejiranan al-Sukkari dan al-Kallaseh... Selepas pemeriksaan teliti, kumpulan orang awam itu didapati telah ditembak mati dari jarak dekat," kata Pengarah Forensik Aleppo, Zaher Hajo.
Pihak tentera berjaya membebaskan Aleppo secara keseluruhan pada 22 Disember lepas. Pihak militan yang menguasai kawasan itu sejak 2012 telah menggunakan orang awam sebagai perisai manusia di dalam usaha mereka untuk menghalang pengeboman Rusia dan operasi darat tentera Syria.
26 Disember 2016 - 07:13
News ID: 800809
Tentera Syria telah menemui 21 mayat orang awam di penjara-penjara yang dikelolakan oleh kumpulan militan Takfiri di timur bandar Aleppo. Penemuan itu dibuat ketika pihak berkuasa sibuk membersihkan bandar itu selepas para militan dan pengganas bersama ahli keluarga mereka meninggalkan kawasan tersebut.