Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - 13 mayat setakat ini ditemui di laut Hitam berikutan nahas pesawat TU-154 yang dioperasikan oleh tentera Rusia. Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih giat diteruskan oleh pihak berkuasa negara itu.
"2 lagi mayat ditemui. Jumlah keseluruhan kini mencecah 13 mayat," kata seorang sumber kepada RIA Novosti pada hari Isnin.
Pesawat milik Kementerian Pertahanan Rusia itu dalam perjalanan ke Syria dari Moscow ketika terhempas di laut Hitam berdekatan dengan bandar peranginan Sochi pada awal hari AHad.
Pesawat tersebut membawa 92 orang penumpang temasuk 8 orang kru pesawat, 64 pemusik daripada kumpulan Alexandrov Ensemble, 9 orang wartawan, ketua pertubuhan Spravedlivaya Pomoshch (sebuah badan kebajikan) dan dua orang penjawat awam. Kesemua mereka dikhuatiri terbunuh.
26 Disember 2016 - 18:04
News ID: 800939
13 mayat setakat ini ditemui di laut Hitam berikutan nahas pesawat TU-154 yang dioperasikan oleh tentera Rusia. Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih giat diteruskan oleh pihak berkuasa negara itu.