31 Disember 2016 - 17:24
Portugal Sedia Serah Perisik A.S Kepada Itali

Portugal bersedia untuk menyerahkan bekas perisik Amerika Syarikat kepada pihak berkuasa Itali berkaitan kes penculikan seorang ulama Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Portugal bersedia untuk menyerahkan bekas perisik Amerika Syarikat kepada pihak berkuasa Itali berkaitan kes penculikan seorang ulama Mesir.

Sabrina De Sousa yang memegang kerakyatan A.S dan Portugal berkata pada hari Jumaat bahawa proses ekstradisi itu akan bermula pada 3 Januari ini. Dia adalah bekas agen CIA yang dituduh terlibat di dalam penculikan itu.

Dia juga menyatakan bahawa keputusan untuk mengekstradisinya sudahpun dijangkakan sambil menambah bahawa dia akan melihat segala pilihan yang ada dalam menghadapi perkara tersebut.

De Sousa yang dilahirkan di India ditahan di Lapangan Terbang Lisbon pada Oktober 2015 di bawah waran Eropah.

Pada tahun 2009, sebuah mahkamah Itali telah menyabitkannya dengan penculikan seorang ulama Mesir, Abu Omar di Milan pada tahun 2003. Ketika itu, De Sousa bertugas di bawah penyamaran misi diplomatik.