Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Akhbar berbahasa Arab, al-Watan yang menukilkan sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 21 buah bas yang memasuki bandar Fua'a untuk mengeluarkan mereka yang sakit dan cedera daripada bandar itu tidak dibenarkan meninggalkan kawasan itu.
Bas-bas tersebut, para pemandu dan mereka yang lain kini berada di dalam kepungan kumpulan militan sepenuhnya.
Surat khabar itu melaporkan bahawa setakat ini hanya 900 orang awam yang cedera sahaja yang berjaya meninggalkan bandar itu walaupun keseluruhan militan telah dikeluarkan dari kawasan timur bandar Aleppo di bawah perjanjian dengan pihak kerajaan. Setakat ini ratusan lagi penduduk awam bandar Fua'a dan Kafraya yang dikepung pengganas masih menunggu permit daripada kumpulan pengganas untuk meninggalkan bandar itu.
Berdasarkan perjanjian Aleppo, 2 kumpulan orang awam yang setiap daripadanya terdiri daripada 1250 orang penduduk yang sakit dan cedera akan dibenarkan untuk meninggalkan bandar Fua'a dan Kafraya dan sebagai ganti pihak kerajaan akan membenarkan pihak militan meninggalkan timur Aleppo secara keseluruhan.
Pada fasa seterusnya, 1500 orang awam yang cedera dan sakit akan dibenarkan meninggalkan kedua-dua bandar itu sebagai ganti kepada pengeluaran 1500 militan dari bandar Madaya dan al-Zabadani di barat laut Damsyik ke kawasan yang masih dikuasai militan di Syria.
Pada hari Sabtu, kumpulan pengganas dilaporkan membedil kawasan perumahan di kedua-dua bandar itu di sebalik perjanjian damai yang diumumkan di seluruh negara Arab itu. Sasaran mereka adalah kawasan-kawasan awam sekaligus membunuh dan mencederakan ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
3 Januari 2017 - 18:48
News ID: 802554
Akhbar berbahasa Arab, al-Watan yang menukilkan sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 21 buah bas yang memasuki bandar Fua'a untuk mengeluarkan mereka yang sakit dan cedera daripada bandar itu tidak dibenarkan meninggalkan kawasan itu.