4 Januari 2017 - 05:40

Parlimen Turki telah meluluskan penyambungan akta darurat di negara itu untuk tempoh 3 bulan lagi. Akta itu mula dikuatkuasakan selepas cubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Turki telah meluluskan penyambungan akta darurat di negara itu untuk tempoh 3 bulan lagi. Akta itu mula dikuatkuasakan selepas cubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas.

Sebelum pengundian itu dibuat pada hari Selasa, Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus menegaskan bahawa kerajaannya telah bernekad untuk "memerangi kesemua pertubuhan pengganas."

"Melalui serangan di Ortakoy, mereka mahu meyampaikan mesej yang berbeza berbanding dengan kumpulan pengganas yang lain. Salah satu daripada mesej itu ialah: 'Kami akan terus menimbulkan masalah kepada orang awam pada tahun 2017'. Jawaban kami adalah jelas. Tanpa mengira siapapun mereka, tanpa mengira siapa yang membantu mereka dan tanpa mengira apapun motivasi mereka, kami bernekad untuk memerangi kesemua pertubuhan pengganas pada tahun 2017 dan kami akan berperang hingga ke penghujungnya," kata beliau dengan merujuk kepada serangan pengganas di kelab malam Reina pada malam sambutan Tahun Baharu.

Dengan akta darurat, tempoh penahanan suspek boleh diperpanjangkan oleh pihak berkuasa tanpa perlu mengeluarkan sebarang dakwaan.

Perkara itu mula-mula dikuatkuasakan di Turki setelah cubaan rampasan kuasa 15 Julai 2017 yang dilancarkan oleh sebahagian daripada tentera negara itu.

Lebih daripada 240 orang dilaporkan terbunuh akibat cubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan itu.