Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 13000 warga awam terpaksa meninggalkan Mosul sepanjang 5 hari lepas di sebalik operasi kerajaan untuk membebaskan bandar itu daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.
Perkara itu dilaporkan oleh jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric yang mengatakan bahawa operasi Tentera Iraq dan sekutunya untuk membebaskan bandar tersebut daripada Daesh telah memaksa 13000 orang melarikan diri dari Mosul sepanjang 5 hari lepas.
Dia juga menambah dengan mengatakan bahawa angka purata harian mereka yang meninggalkan bandar itu telah meningkat semenjak pertempuran menjadi bertambah sengit.
Awal pada hari Selasa, jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Peter Cook berkata bahawa Tentera Iraq yang dibantu oleh A.S dan sekutunya telah berjaya merampas kembali dua pertiga daripada kawasan bandar tersebut.
Operasi membebaskan Mosul telah bermula sejak 17 Oktober 2016.
4 Januari 2017 - 08:05
News ID: 802631
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 13000 warga awam terpaksa meninggalkan Mosul sepanjang 5 hari lepas di sebalik operasi kerajaan untuk membebaskan bandar itu daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.