11 Januari 2017 - 21:24
Obama Mungkin Dinafikan Keahlian Sebuah Kelab Golf Kerana Bertelingkah Dengan Netanyahu

Presiden Obama mungkin akan dinafikan keahlian sebuah kelab golf elit berikutan pertelingkahan beliau dengan Perdana Menteri Rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Obama mungkin akan dinafikan keahlian sebuah kelab golf elit berikutan pertelingkahan beliau dengan Perdana Menteri Rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Obama sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Woodmont Country Club di Rockville, Maryland yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada kaum Yahudi dan anggota Parti Republikan. Beberapa ahli kelab dilaporkan cuba untuk menafikan kemasukan beliau ke dalam kelab itu kerana keputusan pentadbirannya untuk tidak menggunakan veto di dalam menghalang sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut Israel menghentikan pembinaan penempatan haram di tanah Palestin.

Setelah Obama mengambil keputusan untuk tidak menggunakan veto di dalam menghalang resolusi itu, Setiausaha Negara A.S, John Kerry membuat ucapan di mana beliau mengatakan bahawa solusi penubuhan 2 negara adalah satu-satunya cara yang adil untuk memastikan keamanan yang lestari di antara Israel dan Palestin. Akan tetapi, banyak masyarakat Yahudi yang menganggap kenyataan itu bersifat anti-Israel.