14 Januari 2017 - 18:42
Pope Francis Sukakan Warga Palestin Dan Cintakan Kedamaian: Mahmoud Abbas

Presiden Mahmoud Abbas dan Pope Francis saling bertukar hadiah dan membincangkan tentang pembukaan kedutaan Palestin di Vatican.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mahmoud Abbas dan Pope Francis saling bertukar hadiah dan membincangkan tentang pembukaan kedutaan Palestin di Vatican.

Abbas berkata pada hari Sabtu bahawa pertemuan beliau dengan Pope Francis di Vatican adalah sebuah simbol yang menunjukkan pandangan mesra ketua Gereja Katolik itu terhadap warga Palestin.

"Perkara ini menunjukkan bahawa Pope sukakan warga Palestin dan cintakan kedamaian," kata Abbas seperti yang dinukilkan oleh surat khabar Corriere della Sera.

Menurut surat khabar itu, pemimpin Palestin itu dan Pope berbincang berkaitan pembukaan kedutaan Palestin di Vatican.

Pertemuan itu berlangsung selama 23 minit dan kedua-dua pemimpin itu turut bertukar hadiah di dalam sesi tersebut.

Pada Jun 2015, pihak Vatican buat kali pertama telah menandatangani perjanjian berkaitan hubungan dua hala dengan pihak Palestin pada skala penuh sekaligus mengesahkan sokongan mereka ke atas solusi dua negara di antara Israel dan Palestin. Perjanjian bersejarah itu ditandantangani oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Maliki rakan sejawatnya dari Vatican, Ketua Biskop Paul Richard Gallagher.

Setakat ini sebanyak 130 buah negara termasuk Vatican telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.