16 Januari 2017 - 15:54
Kesilapan Juruterbang Mungkin Sebab Nahas: Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan

Kesilapan juruterbang mungkin menjadi punca nahas pesawat Boeing-747 yang terhempas berdekatan lapangan terbang Manas yang terletak di luar ibu negara Kyrgyzstan, Bishkek. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Kyrgyzstan, Mukhammetkaly Abulgaziyev pada hari Isnin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesilapan juruterbang mungkin menjadi punca nahas pesawat Boeing-747 yang terhempas berdekatan lapangan terbang Manas yang terletak di luar ibu negara Kyrgyzstan, Bishkek. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Kyrgyzstan, Mukhammetkaly Abulgaziyev pada hari Isnin.

"Kami tidak boleh mengumumkan punca nahas buat masa ini. Menurut laporan awal, perkara itu mungkin disebabkan oleh kesilapan juruterbang. Akan tetapi, siasatan masih diteruskan," kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau juga mengakui bahawa keempat-empat juruterbang pesawat malang itu sangat berpengalaman dan telah mengenali lapangan terbang itu dengan baik. "Segala perincian akan menjadi jelas sejurus siasatan diselesaikan," tambahnya lagi.

Beliau juga berkata bahawa cuaca di lapangan terbang Manas ketika nahas adalah normal dan pada malam sebelumnya 11 buah pesawat telah berlepas dan mendarat di sana.

Menurut data rasmi, pada pagi Isnin, sebuah pesawat kargo Boeing-747 yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan ACT milik Turki terhempas di sebuah penempatan awam berdekatan lapangan terbang Manas yang terletak di luar ibu kota negara tersebut. Nahas itu membunuh 37 orang termasuk petugas pesawat. 11 orang juga dilaporkan cedera berikutan nahas yang sama, Sebanyak 15 rumah juga dilaporkan musnah akibat nahas tersebut.

/315